Sunday, August 2, 2009

Ikonamaps - stand alone Anti Malware System


Ikonamaps merupakan produk sulong dari Ikona Software AG (ISAG), pengeluar perisian teknologi tinggi pertama dunia yang mampu melindungi komputer sepenuhnya. Ikonamaps bukan sahaja dicipta untuk menghalang kemasukan virus tetapi juga tidak membenarkan penggodam atau apa sahaja unsur negatif daripada memasuki komputer tanpa kebenaran selain mempercepatkan segala urusan penggunanya.

Pakej ini didatangkan dengan pakej 'semua dalam satu' pada harga yang menguntungkan serta mampu beli dan hanya boleh diperoleh melalui pengedar yang dilantik sahaja.

Ikona menggunakan Malware Attack Prevention System [MAPS] untuk melindungi dari sebarang ancaman virus serta Malware tanpa perlu menggunakan internet, database serta signature updates. Memandangkan ikonamaps merupakan sistem berasaskan kernel (kernel based system), ia memantau segala aktiviti dan proses yang berlaku didalam RAM sebelum memasuki cakera keras.

Bagi pengguna komputer yang tidak mempunyai jaringan internet, perisian ini memang sesuai untuk anda memandangkan ikonamaps tidak perlu di update.

(Sumber & Petikan dari Kosmo Online, ikonasoftware)

ikonamaps link:
http://www.ikonasoftware.com

Hmm...agak menarik juga antivirus ni...belum cuba belum tahu kan ;)