Thursday, July 23, 2009

Fungsi Extract Filter Adobe Photoshop CS4



Untuk mengambil objek dari sebuah latarbelakang bergambar mungkin sesuatu yang amat menyulitkan ketika menggunakan photoshop, lebih-lebih lagi bila foto atau gambar yang ingin kita sunting melibatkan sisi yang kurang jelas spt rambut, bulu ataupun ranting pokok. Photoshop CS3 ada menyediakan 'tools' seperti "The Quick Selection Tool" & "The Refine Edge feature", tetapi ada satu lagi teknik yang lebih mudah...

Anda boleh menggunakan fungsi 'Extract' yang terdapat pada filter. Dengan extract filter ini anda hanya menggunakan "highlighter" untuk mengambil objek yang anda kehendaki...& hasilnya begitu mudah & cepat daripada menggunakan lain-lain tools.


Jika photoshop anda tidak terdapat extract filter anda boleh mendownload melalui link dibawah..
Lain-lain plug-in yang disediakan termasuk:

• Bigger Tiles
• Picture Package (ContactSheetII)
• ExtractPlus
• PatternMaker
• PhotomergeUI
• Web Photo Gallery (WebContactSheetII) plus presets
• script for Layer Comps to Web Photo Gallery
• Texture presets for Texturizer

download link:
http://www.adobe.com/support/downloads/detail.jsp?ftpID=4048

Tutorial link:
http://www.youtube.com/watch?v=gnTO4B8QNu0&feature=fvst

Selamat mencuba :)

Wednesday, July 22, 2009

Windows 7 RC (Release Candidate)


Setelah Microsoft mengakui bahawa windows vista adalah hasil produk yang gagal kini mereka kembali dengan windows 7 yang lebih ringan & laju. Microsoft telahpun melancarkan Windows 7 RC (Release Candidate) ataupun beta testing pada umum.

Memandangkan vista 7 RC masih lagi dalam percubaan, anda boleh memuat turun percuma di "http://technet.microsoft.com/en-us/evalcenter/dd353205.aspx?ITPID=mscomsc". Muat turun (download) percuma akan dibuka pada umum sehingga 20 Ogos 2009.



Tempoh percubaan Windows 7 RC ini akan tamat pada 1 Jun 2010. Bermula dengan 1 Mac 2010 komputer anda akan 'shut down' secara automatik setiap 2jam sebagai peringatan supaya data yang ada dpt dibackup..